Monday, October 20, 2008

Refleksi spss

Spss adalah proses menganalisis data dan cara yang mudah untuk mendapatkan jawapan daripada soal selidik. Dari keputusan yang di perolehi kita memperolehi jawapan seterusnya kite dapat mengetahui data maklumat yang terdapat dari soal selidik itu.
- Start ambil Spss. Sesudah paparan spss keluar ambil “ Variable view” taip maklumat
yang terdapat dalam soalan, contoh; jelaki, umur, tahun, program, s1, s2, s3, s4 dan s5.
- Sesudah itu tukar setiap maklumat tersebut seperti “Decimale”{0}- tekan “Values”
apabila paparan “value labels”,value; {1} taip jelaki tekan add kemudian value; {2} taip
perempuan tekan add dan ok. Tekan “missing” keluar paparan missing values ambil
‘Discrete missing values’ taip{6} dan ok.
- Tekan “Columnes” taip {6}, “Align”=Center kemudian “measure”=Nominal. Seterusnya
setiap maklumat tadi tukar seperti di atas tetapi mengikut arahan soalan.
- Selepas itu, tukar ke “Data View” isi pada setiap maklumat yang di taip pada “Variable
view” dimana setiap yang ditaip adalah yang terdapat pada kertas soalan dan jawapan
darinya.
- Sesudah selesai mengisi jawapan-jawapan tersebut ambil “Analyze” paparan analyze
keluar ambil “Descriptve Statistics àkeluar paparan ‘Frequencies’ ambil satu persatu
maklumat yang diisi dan tekan “ok”.
- Apabila output Frquencies keluar save semua maklumat tersebut kemudian ambil
analyze balik tekan descriptive statistics,à ambil “Charts”-> frequencies charts -> chart
type ambil “Bar Charts”-> continue dan tekan “ok”.
- Sesudah keluar output charts ambil analyze untuk buat means’ tekan analyze -> ambil
“compare means” tekan “means” dan “ok”. Sesudah keluar semua output
daripada jawapan maklumat soalan tersebut save semua output dan maklumat data.
Kerja spss dikira selesai setakat yang saya faham.

Friday, October 17, 2008

CARA MEMBUAT ACCESS

buka microsoft access-create a new file --> blank database --> savekn nama file terlebih dahulu
kemudian, create table yang diperlukan- cth : jika terdapat medan gaji/pendapatan,
data type nya adalah currency-untuk menetapkan jenis data type,
klik pada design view-kemudian buat hubungan antara table-table dengan klik pada relationship-setelah itu, jika ingin membuat borang,
klik pada form-jika ingin buat query,
klik query dan jika ingin buat report klik report** untuk membina table,query,form ataupun report, anda boleh pilih
sama ada buat sendiri (design view) ataupun by using wizard

REFLEKSI
Membuat Excel

Excel digunakan untuk menyimpan data-data, contohnya seperti nama, ic, markah peperiksaan, maklumat diri, keluarga dan banyak lagi. Kesemua data yang disimpan di dalam excel akan tersusun secara automatic mengikut format yang ditetapkan. Ini akan memudahkan lagi sesuatu pengenalpastian maklumat samada maklumat pelajar.
Antara langkah-langkah yang perlu diikuti adalah seperti berikut:

Di dalam Microsoft Excel 2007, penuhkan maklumat atau data-data yang diperlukan. Contohnya markah peperiksaan pelajar di sesebuah sekolah.


Masukkan nama kelas dan maklumat yang berkaitan, tekan Formulas di tool bar, pilih Define Name dan taipkan MARKAH dalam kotak New name. Selepas itu letakkan susunan jumlah markah untuk membuat pengenalpastian data seperti 0-101 iaitu selepas jumlah ke 100 maka markahnya adalah salah,


Setelah maklumat seperti nama, ic, persatuan, kelab dan markah peperiksaan selesai, kosongkan ruangan gred, jumlah dan purata.

Penetapan Gred Markah Pelajar:
Klik formulas dan insert function
Select a function : VLOOKUP dan isi maklumat yang diperlukan dalam function argument iaitu Lookup Value : highlightkan markah pelajar, Table Array : taipkan MARKAH, Col Index : taipkan 2, dan Range Lookup : taipkan TRUE, seterusnya OK.


Jumlah Keseluruhan Markah:
Highlightkan markah pelajar dari semua subjek.
Klik Auto Sum dalam formulas.



Pengiraan Bilangan Jumlah Pelajar yang mendapat A, B, C, D dan E:
Insert Function, select a function : COUNTIF, masukkan data di dalam function argument iaitu Range : highlightkan gred keseluruhan pelajar mengikut subjek, Criteria : “A”, seterusnya klik Ok.

Pengiraan Purata Keseluruhan Markah Pelajar berdasarkan subjek:
Insert Function, Select Function : AVERAGE, highlightkan semua markah pelajar dari atas hingga ke bawah, klik Ok.

Membuat gambarajah, carta atau graf purata markah keseluruhan pelajar:
Klik function Insert, higlightkan kesemua purata yang ingin dimasukkan.
Pilih salah satu gambarajah yang di kehendaki, contohnya carta pie, purata yang telah di highlightkan akan dipaparkan dalam bentuk carta pie.


Masukkan data yang dikehendaki seperti Format Legend, Add Data Label dan sebagainya.

Membuat Book Fold
. Antara cara-cara untuk menyediakan book fold ialah:

1) Pergi ke Microsoft Word 2007
2) Di tool bar, pilih Page Layout, klik orientation dan pilih landscape
3) Kemudian dalam margins, klik custom margins, dalam multiple page pastikan dipilih book fold dan klik Ok.
4) Seterusnya penuhkan ruangan book fold dengan maklumat yang dikehendaki mengikut kreativiti sendiri.
REFLEKSI
Membuat Browser
Antara langkah-langkah untuk membuat browser ialah:

1) Pergi ke Microsoft Word 2007
2) Pilih Page Layout di tool bar, klik orientation dan pilih landscape
3) Kemudian pilih margins, klik custom margins, dalam multiple page pastikan normal.
4) Seterusnya klik Columns, pilih three
5) Akhir sekali penuhkan ruangan browser dengan maklumat yang dikehendaki mengikut kreativiti sendiri.
REFLEKSI

Power Point (Slide Show)

Melalui kaedah ini juga dapat menarik perhatian pelajar supaya lebih memberi tumpuan terhadap sesuatu matapelajaran. Cara-cara untuk menyediakan slide show ialah:

v Di dalam Microsoft Power Point 2007, Klik View di tool bar
v Seterusnya pilih Slide Master
v Setelah dipaparkan, klik insert kemudian pilih gambar yang sesuai untuk diletakkan di slide master.
v Kemudian klik Close Master View di bahagian tool bar
v Pergi ke power point, isikan tajuk dan nama
v Klik new slide dan isikan semua maklumat yang diperlukan.
Contohnya: Siapkan keseluruhan power point dengan pendahuluan, isi dan penutup. Pastikan selepas slide penutup sediakan slide isi yang lain untuk di hyperlink kan nanti.
v Setelah selesai, pergi ke Slide Show di tool bar, pilih Set up Slide Show.
v Dalam show slide, selaraskan dari slide 1 hingga slide penutup sahaja, biarkan slide selepas penutup ianya untuk hyperlink nanti.
v Highlight perkataan yang hendak di hyperlink itu di dalam slide.
v Kemudian klik insert, hyperlink, place in this Document, pilih slide yang hendak di hyperlink dan klik Ok.

Thursday, October 9, 2008

REFLEKSI E-MEL

CARA-CARA MEMBINA E-MEL:

MENDAFTAR DI YAHOO
1. Klik ikon browser Internet Explorer dari desktop atau pada tolbar desktop.
2. klik pada URL berikut: http://www.yahoo.com/
3. Satu bentuk imej akan dipaparkan apabila yahoo dilancarkan. Seterusnya klik ikon "E- MEL" yang terdapat di paparan tersebut.
4. kemudian klik ’SIGN UP NOW’ dibahagian bawah paparan tersebut.
5. satu paparan lagi akan kelihatan dan kita dikehendaki mengisi semua data yang diperlukan.
6. Seterusnya setelah borang pendaftaran diisi, klik ’SUBMIT THIS FROM’
7. Maka anda telah mempunyai akaun anda .


CARA-CARA MENGGUNAKAN E-MEL:MEMBUKA DAN MEMBACA E-MEL
1. Klik pada browser Internet Explorer pada desktop.
2. Klik pada URLberikut: http://www.yahoo.com/ sekali lagi
3. Diruang Address, taipkan alamat http://www.yahoo.com/ dan klik “GO” di sebelah kanan kotak
4. Setelah laman muka yahoo dipaparkan, klik “E-mel”
5. Satu kekotak akan muncul . isikan ID dan Password.
6. Setelah itu, klik ” SING IN”
7. Kemudian klik “Check E-mel”
8. klik “inbox”
9. Klik 2 kali pada subject E-mel yang hendak dibaca.
10. Maka akan keluarlah e-mel yang hendak di baca.

CARA MENULIS DAN MENGIRIM E-MEL

1. Apabila diklik pada ikon “yahoo mail” yang ada pada laman muka yahoo, satu kekotak akan muncul.
2. Cari butang COMPOSE, kemudian klik pada butang itu. Selepas itu satu kekotak lagi akan muncul.
3. Sekiranya ingin menulis dan menghantar e-mel, maka perlulah mengisi ruang-ruang yang diperlukan.seperti, isi kandungan mesej, alamat Cc, Subject, To dan seterusnya klik pada butang SEND.
4. maka e-mel telah dihantar.

MENGHANTAR SALINAN DAN FORWARD E-MEL

1.Buka e-mel seperti cara diatas.
2.Kemudian, buka e-mel yang hendak di forward. Dan klik butang “forward”
3.kemudian taip alamat e-mel yang hendak diforward itu pada ruang Cc.
4. Klik butang Send.

MENYERTAKAN GAMBAR PADA E-MEL

1.Buka akaun e-mel seperti biasa, kemudian taip butang “COMPOSE”
2. Cari butang “ATTACHMENTS” maka akan muncul satu paparan kekotak.
3. Klik “browse”, dan akan keluar file daripada komputer maka pilih gambar yang hendak dihantar
4. Klik pada butang “Attach file”5. Klik “Continue”6. Klik Send. Dan gambar telah dihantar.