Friday, October 17, 2008

REFLEKSI
Membuat Excel

Excel digunakan untuk menyimpan data-data, contohnya seperti nama, ic, markah peperiksaan, maklumat diri, keluarga dan banyak lagi. Kesemua data yang disimpan di dalam excel akan tersusun secara automatic mengikut format yang ditetapkan. Ini akan memudahkan lagi sesuatu pengenalpastian maklumat samada maklumat pelajar.
Antara langkah-langkah yang perlu diikuti adalah seperti berikut:

Di dalam Microsoft Excel 2007, penuhkan maklumat atau data-data yang diperlukan. Contohnya markah peperiksaan pelajar di sesebuah sekolah.


Masukkan nama kelas dan maklumat yang berkaitan, tekan Formulas di tool bar, pilih Define Name dan taipkan MARKAH dalam kotak New name. Selepas itu letakkan susunan jumlah markah untuk membuat pengenalpastian data seperti 0-101 iaitu selepas jumlah ke 100 maka markahnya adalah salah,


Setelah maklumat seperti nama, ic, persatuan, kelab dan markah peperiksaan selesai, kosongkan ruangan gred, jumlah dan purata.

Penetapan Gred Markah Pelajar:
Klik formulas dan insert function
Select a function : VLOOKUP dan isi maklumat yang diperlukan dalam function argument iaitu Lookup Value : highlightkan markah pelajar, Table Array : taipkan MARKAH, Col Index : taipkan 2, dan Range Lookup : taipkan TRUE, seterusnya OK.


Jumlah Keseluruhan Markah:
Highlightkan markah pelajar dari semua subjek.
Klik Auto Sum dalam formulas.



Pengiraan Bilangan Jumlah Pelajar yang mendapat A, B, C, D dan E:
Insert Function, select a function : COUNTIF, masukkan data di dalam function argument iaitu Range : highlightkan gred keseluruhan pelajar mengikut subjek, Criteria : “A”, seterusnya klik Ok.

Pengiraan Purata Keseluruhan Markah Pelajar berdasarkan subjek:
Insert Function, Select Function : AVERAGE, highlightkan semua markah pelajar dari atas hingga ke bawah, klik Ok.

Membuat gambarajah, carta atau graf purata markah keseluruhan pelajar:
Klik function Insert, higlightkan kesemua purata yang ingin dimasukkan.
Pilih salah satu gambarajah yang di kehendaki, contohnya carta pie, purata yang telah di highlightkan akan dipaparkan dalam bentuk carta pie.


Masukkan data yang dikehendaki seperti Format Legend, Add Data Label dan sebagainya.

No comments: